Nadi X Esport: Kelas Pensijilan - Sijil Asas Pengurusan Kejohanan E-Sukan
22 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21/03/2025 bersamaan hari Jumaat, Sijil Asas Pengurusan Kejohanan e-Sukan melalui Portal NADI E-SUKAN telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan serta kefahaman asas kepada peserta mengenai pengurusan kejohanan e-sukan secara profesional, sekaligus membekalkan kemahiran yang diperlukan untuk menganjurkan kejohanan yang tersusun dan berjaya.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan kepada Pengurusan Kejohanan e-Sukan
- Jenis Kejohanan
- Langkah Asas dalam Pengurusan Kejohanan e-Sukan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami asas pengurusan kejohanan e-sukan dengan lebih mendalam, memperoleh kemahiran praktikal dalam penganjuran acara, serta membina keyakinan untuk menceburi bidang pengurusan e-sukan secara profesional.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: